Monday 26 March 2012

NEW SERVICE - FACIAL SPA IS NOW AVAILABLE

Assalamualaikum semua....

Proud to announce our new service, kini anda boleh dapatkan rawatan 'FACIAL' di MISZ HAIR STUDIO bermula 1 April 2012 (Ahad). Senarai harga penuh utk semua service facial akan diupload kemudian ya. Booking sesi facial anda waktu HAPPY HOUR (Weekday-11pg hingga 3ptg) utk dptkan harga yg terendah dan dijamin pasti berbaloi!!! 



Monday 19 March 2012

MULLET HAIR STYLE??

Salam... kali ni nak flashback sikit masa MISZ kecik2 dulu, tak silap sekolah darjah 4 time tu. Kalau nak potong rambut mak mesti bawa pergi salun cina maklumlah susah sgt nak jumpa salun melayu zaman 80-an kat tempat MISZ. Mak garang so bila gunting tu MISZ diam jer, tadah jer kepala tu tak kesah lah fesyen aper pun.

Teringat satu masa tu bila mak suruh babysitter bawa MISZ gi salun gunting rambut. Sambil tunggu turn tu mata & hati dah terpaut pd fesyen rambut sorang kakak ni. Masa zaman 80's tu kan famous Mullet style macam gambar kat atas ni.... Amboi, mentang2 mak takde MISZ pun buat lah drama swasta kat salun tu... "nak rambut macam kakak tu jugak!!!" Hasilnya lebih kurang macam budak kat bawah ni.... huhuhu... saje je antie tu kenakan MISZ agaknyer :( 

Fesyen memang macam roda, pergi dan dtg semula. Ramai org mula meminati style ni sejak wabak K-POP melanda. Pastinya 'ASIAN MULLET' @ 'WOLFCUT'  adalah yg terbaik berbanding 'TRADITIONAL MULLET' buat anda yg berani mencuba! 





Sunday 18 March 2012

TIPS MENJAGA RAMBUT REBONDING/RELAXING

Assalamualaikum... bz sgt last week sampai tak menyempat nak update blog ni, maklumlah ramai student yg dtg buat rebonding/relaxing coz tak nak lepaskan peluang rebut PROMOTION STUDENT price yg memang berbaloi. Thanks to all my dear customers.


Rambut dah cantik & kemas tp nak menjaganya pun satu hal jugak. Antara tips2 nyer:-

  • Lepas rebonding/relaxing kalau boleh jgn cuci rambut 3 hari. Bukan aper, ini bg memastikan bahan yg digunakan tu betul2 serap dlm rambut. TAPI ini bukan alasan tak boleh berwuduk!!! 
  • Serum memang HARUS pakai.
  • Jangan ikat rambut terlalu ketat.
  • Sebaiknya gunakan syampoo dan perapi rambut yg sesuai utk rambut yg sudah mengalami proses chemical. Kalau tak jumpa kat market boleh beli di MISZ HAIR STUDIO.
  • Buat treatment rambut slps rebonding sebaiknya selepas seminggu rebonding. Ini bagi merawat rambut dgn protien hair mask yg tersangat penting unsurnya bagi kesihatan dan pertumbuhan rambut anda. 
  • Kalau rasa budget tak cukup atau kekangan masa utk ke salun, MHS galakkan anda DIY sendiri treatment rambut tu kat rumah. Lepas cuci rambut, lap rambut sampai lembab then letakkan hair mask. Balut rambut tu dgn tuala panas dlm 20-30minit. 

Sunday 4 March 2012

POTONG PENDEK @ SIMPAN PANJANG?

Puas berfikir samada nak rambut panjang atau pendek. Tengok dalam majalah dan internet pun masih tak dapat jawapan. Sebenarnya panjang atau pendek bukan persoalan utama. Apa yg penting? KERJASAMA!!!

Ya, kerjasama antara kesesuaian bentuk muka dengan rambut anda. Berikut sedikit panduan yg mungkin boleh membantu anda.




Biarkan rambut panjang jika....
  • Jika anda tidak ada masalah dengan tekstur rambut. Ia mudah diurus dan beralun tanpa perlu habiskan byk masa utk mendandannya.
  • Rambut anda tetap cantik walaupun sekadar disapu dgn sedikit pelembab
  • Ketika sedang menghadapi bad hair day, anda hanya perlu mengikatnya ala pony tail dan ia tetap kelihatan cantik.
  • Jika jenis rambut kerinting, kerintingnya tebal dan beralun dgn baik.
  • Rambut panjang memberi keseimbangan pada wajah anda dengan menyembunyikan bentuk rahang yg menonjol atau wajah yang bulat.
  • Rambut panjang sesuai utk mereka yg mempunyai rangka tubuh yg besar.
  • Rambut pjg yg sentiasa dirawat dan sihat membuat anda kelihatan lebih muda.
  • Disarankan wanita berusia diantara 30-50 tahun menyimpan rambut panjang setidak-tidaknya hingga mencecah bahu kerana ia membuat wajah kelihatan cantik dan berseri pd usia tersebut.

Pilih potongan rambut pendek jika.....
  • Bentuk wajah anda kecil. Mereka yg mempunyai bibir & hidung yg kecil kelihatan manis dengan gaya rambut pendek.
  • Percaya dgn bentuk telinga & hidung. Jangan mengeluh jika anda tidak suka hidung atau telinga anda krn rambut pendek akan lebih menonjolkan bahagian tersebut.
  • Tidak kesah utk kerap mengunjungi salun rambut. Rambut pendek sebaiknya dikemas kini setiap satu atau dua bulan sekali.
  • Tiada masalah utk mendandan rambut setiap pagi sebelum keluar rumah.
  • Ingin menunjukkan kepercayaan diri dan ingin menjadi tumpuan org sekeliling.
  • Berani melakukan eksperimentasi rambut dengan mengubah tekstur, gaya atau warna. Rambut pendek tepat utk tujuan ini krn jika ada kesalahan atau kerosakan, ia mudah dipotong. 

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Salam semua.... dah tengok video promo lipstik terbaru ni kan?... Memang best sangat lipstik ni tau! Nak tahu sebab apa Misz suka? ...