Teringat satu masa tu bila mak suruh babysitter bawa MISZ gi salun gunting rambut. Sambil tunggu turn tu mata & hati dah terpaut pd fesyen rambut sorang kakak ni. Masa zaman 80's tu kan famous Mullet style macam gambar kat atas ni.... Amboi, mentang2 mak takde MISZ pun buat lah drama swasta kat salun tu... "nak rambut macam kakak tu jugak!!!" Hasilnya lebih kurang macam budak kat bawah ni.... huhuhu... saje je antie tu kenakan MISZ agaknyer :(
Fesyen memang macam roda, pergi dan dtg semula. Ramai org mula meminati style ni sejak wabak K-POP melanda. Pastinya 'ASIAN MULLET' @ 'WOLFCUT' adalah yg terbaik berbanding 'TRADITIONAL MULLET' buat anda yg berani mencuba!