Monday 19 March 2012

MULLET HAIR STYLE??

Salam... kali ni nak flashback sikit masa MISZ kecik2 dulu, tak silap sekolah darjah 4 time tu. Kalau nak potong rambut mak mesti bawa pergi salun cina maklumlah susah sgt nak jumpa salun melayu zaman 80-an kat tempat MISZ. Mak garang so bila gunting tu MISZ diam jer, tadah jer kepala tu tak kesah lah fesyen aper pun.

Teringat satu masa tu bila mak suruh babysitter bawa MISZ gi salun gunting rambut. Sambil tunggu turn tu mata & hati dah terpaut pd fesyen rambut sorang kakak ni. Masa zaman 80's tu kan famous Mullet style macam gambar kat atas ni.... Amboi, mentang2 mak takde MISZ pun buat lah drama swasta kat salun tu... "nak rambut macam kakak tu jugak!!!" Hasilnya lebih kurang macam budak kat bawah ni.... huhuhu... saje je antie tu kenakan MISZ agaknyer :( 

Fesyen memang macam roda, pergi dan dtg semula. Ramai org mula meminati style ni sejak wabak K-POP melanda. Pastinya 'ASIAN MULLET' @ 'WOLFCUT'  adalah yg terbaik berbanding 'TRADITIONAL MULLET' buat anda yg berani mencuba! 





Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Salam semua.... dah tengok video promo lipstik terbaru ni kan?... Memang best sangat lipstik ni tau! Nak tahu sebab apa Misz suka? ...