Sunday 4 March 2012

POTONG PENDEK @ SIMPAN PANJANG?

Puas berfikir samada nak rambut panjang atau pendek. Tengok dalam majalah dan internet pun masih tak dapat jawapan. Sebenarnya panjang atau pendek bukan persoalan utama. Apa yg penting? KERJASAMA!!!

Ya, kerjasama antara kesesuaian bentuk muka dengan rambut anda. Berikut sedikit panduan yg mungkin boleh membantu anda.




Biarkan rambut panjang jika....
  • Jika anda tidak ada masalah dengan tekstur rambut. Ia mudah diurus dan beralun tanpa perlu habiskan byk masa utk mendandannya.
  • Rambut anda tetap cantik walaupun sekadar disapu dgn sedikit pelembab
  • Ketika sedang menghadapi bad hair day, anda hanya perlu mengikatnya ala pony tail dan ia tetap kelihatan cantik.
  • Jika jenis rambut kerinting, kerintingnya tebal dan beralun dgn baik.
  • Rambut panjang memberi keseimbangan pada wajah anda dengan menyembunyikan bentuk rahang yg menonjol atau wajah yang bulat.
  • Rambut panjang sesuai utk mereka yg mempunyai rangka tubuh yg besar.
  • Rambut pjg yg sentiasa dirawat dan sihat membuat anda kelihatan lebih muda.
  • Disarankan wanita berusia diantara 30-50 tahun menyimpan rambut panjang setidak-tidaknya hingga mencecah bahu kerana ia membuat wajah kelihatan cantik dan berseri pd usia tersebut.

Pilih potongan rambut pendek jika.....
  • Bentuk wajah anda kecil. Mereka yg mempunyai bibir & hidung yg kecil kelihatan manis dengan gaya rambut pendek.
  • Percaya dgn bentuk telinga & hidung. Jangan mengeluh jika anda tidak suka hidung atau telinga anda krn rambut pendek akan lebih menonjolkan bahagian tersebut.
  • Tidak kesah utk kerap mengunjungi salun rambut. Rambut pendek sebaiknya dikemas kini setiap satu atau dua bulan sekali.
  • Tiada masalah utk mendandan rambut setiap pagi sebelum keluar rumah.
  • Ingin menunjukkan kepercayaan diri dan ingin menjadi tumpuan org sekeliling.
  • Berani melakukan eksperimentasi rambut dengan mengubah tekstur, gaya atau warna. Rambut pendek tepat utk tujuan ini krn jika ada kesalahan atau kerosakan, ia mudah dipotong. 

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Salam semua.... dah tengok video promo lipstik terbaru ni kan?... Memang best sangat lipstik ni tau! Nak tahu sebab apa Misz suka? ...