Wednesday 25 April 2012

ALAMAK! ADA KUTU LAH PULAK....

Assalamualaikum wbt

Entry kali ini nak cerita sikit tentang kutu. Kalau musim cuti sekolah yg paling seronok bila anak cucu berkumpul balik kampung, makan sama2 tido sama2 berKUTU pun sama2... Memang susah nak hapuskan kutu pd rambut budak2 ni, jalan paling mudah KITA POTONG je rambut anak2 kan?....  Misz suka bila musim naik sekolah ramai org dtg salun potong rambut tapi yang peningnya ada jugak yg dtg dari GENG KUTU...


Alhamdulillah Misz dah jumpa penawarnya.... Ini kes masa anak Misz kena kutu umur 1 tahun lebih. Manalah ada ubat kutu utk budak bwh 2 thn, finally terjumpa syampu herba kutu utk kanak2. Bukan utk kanak2 jer, dewasa pun boleh guna. Takder bau ubat kutu langsung (bau fresh lemon)... Tak kenal tak cintakan, dah guna syampu ni bukan anak jer yg suka pakai, mak abahnyer pun pakai jugaklah nak elak pembiakan kutu pd satu family pulak...lepas cuci, sikat rambut dgn sikat metal khas yg disediakan sekali dlm kotak syampu... berkat kesungguhan dan kesabaran, MISI PENGHAPUSAN akhirnya berjaya! hehehe


Syampu kutu ni memang bagus kerana ianya TIDAK mengandungi racun kimia, malation dan piretroid yg boleh menyebabkab terencat akal, kanser, sistem ketahanan imun, masalah hormon, pembiakan dan gangguan sifat-sifat genetik. Pendedahan kepada malation boleh menyebabkan sakit kepada, rasa mual, gangguan penglihatan, perubahan perangai, masalah pembelajaran dan masalah kulit.

100% efektif menghapus kutu2 dan telur kutu pada penggunaan kali pertama.d

Harga Syampu :
Delice Hair Wash (RM20.00 sebotol) - boleh dapatkannya di MISZ HAIR STUDIO :)

Kandungan Delice Hair Wash :
Stemona Extract mengawal pembiakan kutu serta menghalang telur kutu daripada menetas.
Minyak Limau membantu melembapkan kulit kepala sehingga ke hujung rambut.

Cara guna:
1. Guna macam syampu rambut yg biasa dan urut perlahan selama 5-10 minit sehingga ia meresap ke dalam rambut. Kemudian bilas dengan air.
2. Guna sikat kutu utk membuang kutu mati dan sisa telur kutu yg tertinggal.
3. Gunakan 3-5 kali seminggu utk keputusan yg terbaik.






Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Salam semua.... dah tengok video promo lipstik terbaru ni kan?... Memang best sangat lipstik ni tau! Nak tahu sebab apa Misz suka? ...