Tuesday 28 May 2013

REBONDING SEMASA MENGANDUNG


Alhamdulillah, kandungan saya dah hampir masuk 8 bulan... sorry sgt to all my customers yg dtg salon tp tak sempat nak intertain atau sembang lama2... persekitaran salun agak kurang baik utk ibu yg mengandung seperti saya, huhuhu...

All mommies to be, byk sebenarnya artikel berkenaan tajuk ini tp tak terjangkau dek tangan kalau nak dihimpunkan... so post kali ni adalah salah satu artikel yg dipetik dari BabyCenter Malaysia dan diharap dpt membantu you all utk buat keputusan samada nak buat rebonding atau tidak? Baca tau...it's good for sharing... "i care about my baby, you and your baby too..."

salam ukhwah... & thanks for your support! mmmuah...

Adakah selamat mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut semasa hamil?

Mungkin. Kita tidak tahu samada bahan kimia yang digunakan untuk mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut benar-benar selamat diguna oleh ibu-ibu hamil. Ramai bakal ibu yang menunggu sehingga selepas trimester pertama sebelum melakukannya.

Pewarna rambut
Anda mungkin pernah mendengar bahawa sesetengah bahan kimia yang digunakan dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun, mulai awal 1980an, kebanyakan produk pewarna rambut tidak lagi menggunakan bahan kimia yang membahayakan ini, maka pewarna rambut pada hari ini dikatakan tidak lagi menyebabkan risiko kanser.

Namun kita tidak tahu mengenai penggunaan pewarna rambut semasa hamil. Satu kajian menyebut bahawa ia boleh menyebabkan bayi mendapat kanser neuroblastoma. Ini adalah sejenis kanser yang jarang berlaku. Ia berlaku pada kanak-kanak dengan menyerang sistem saraf dan tisu-tisu lain. Walau bagaimanapun, tiada kajian lain yang menyokong pendapat ini.

Ada kemungkinan bahawa sesetengah sebatian kimia dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kecacatan pada bayi semasa lahir. Walau bagaimanapun, anda perlu menggunakannya dalam dos yang sangat tinggi untuk melihat kesannya. Kuantiti yang dikira membahayakan adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah yang biasa anda gunakan untuk mewarna rambuat setiap bulan atau setiap dua bulan.

Oleh itu, mewarna rambut anda tiga atau empat kali semasa hamil mungkin tidak membahayakan. Tambahan pula, jika anda menggunakannya dengan betul, bahan kimia dalam pewarna ini tidak akan terserap dengan banyak ke dalam badan.

Jika anda mewarna rambuat anda sendiri, ikuti arahan yang diberi dengan berhati-hati dan biarkannya selama jangka masa paling minimum yang diperlukan. Gunakan sarung tangan dan buatlah dalam bilik yang mempunyai penguradaan yang baik untuk mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia dalam produk tersebut.

Mungkin lebih baik jika anda serlahkan sebahagian sahaja rambut (highlight), cat atau warnakan hujung rambut sahaja berbanding mewarnakan keseluruhan rambut. Bahan kimia dalam pewarna rambut diserap oleh badan melalui kulit kepala, bukannya melalui rambut. Oleh itu, dengan mewarnakan sebahagian sahaja rambut, risiko terdedah kepada bahan kimia adalah kurang.

Satu lagi alternatif yang baik ialah menggunakan pewarna yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Tetapi periksalah bungkusannya. Sesetengah pewarna berasaskan tumbuh-tumbuhan mempunyai sebatian kimia yang sama dalam pewarna buatan. Pewarna berasaskan tumbuh-tumbuhan yang diyakini selamat untuk anda gunakan ialah inai asli. Inai ialah pewarna separa kekal yang boleh didapati dalam kepekatan warna yang berlainan.

Mengeriting dan meluruskan rambut
Kita tidak banyak tahu tentang tahap keselamatan menggunakan bahan kimia untuk mengeriting atau meluruskan rambut anda semasa hamil. Satu kajian menunjukkan bahawa penggunaan produk pelurusan rambut tidak meningkatkan risiko kelahiran pramatang atau melahirkan bayi yang kecil. Tetapi kajian tersebut tidak pula menyebut tentang kecacatan bayi semasa lahir.

Ada kemungkinan hanya sejumlah kecil daripada produk tersebut yang diserap melalui kulit kepala. Jika anda bercadang untuk mengeriting atau meluruskan rambut semasa hamil, buatlah sekali sahaja untuk mengelakkan risiko.

Ketika hamil, penting bagi anda merasa gembira dengan penampilan diri, maka fikirlah samada mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut akan membuatkan anda gembira atau risau. Bacalah seksyen kecantikan untuk bakal-bakal ibu kami untuk mendapatkan cara-cara yang selamat menjaga kecantikan semasa hamil.

Disemak oleh Jennifer Hor, salah seorang penulis buku Asian Prenting Today. Beliau juga merupakan pendidik dalam bidang penjagaan pranatal dan Parent Craft yang khusus dalam isu-isu penyusuan badan dan penjagaan bayi.
http://www.babycenter.com.my/a1053565/adakah-selamat-mewarna-mengeriting-atau-meluruskan-rambut-semasa-hamil#ixzz2UcNjCVqe



Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Salam semua.... dah tengok video promo lipstik terbaru ni kan?... Memang best sangat lipstik ni tau! Nak tahu sebab apa Misz suka? ...