Wednesday, 25 December 2013

INTRODUCTION - RAWATAN RAMBUT GUGUR/KELEMUMUR BY SHAKLEE



Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.
(1) Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
(2) Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
(3) Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
(4) Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
(5) Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
(6) Nourishing Scalp Treatment
  1. Terbukti mengurangkan rambut gugur sewaktu bersikat,meningkatkan ketebalan rambut secara semulajadi.
  2. Serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  3. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  4. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  5. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  6. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
20130218-134103.jpg
Yang mana satu anda perlukan?
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:
Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
  1. Revitalizing Shampoo
  2. Lightweight Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
Set ini boleh digunakan secara harian.
Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:
  1. Purifying Shampoo
  2. Replenishing Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.
Jom Suburkan Rambut Anda!
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.
Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.
Kami akan update testimoni consumer lain yang telah menggunakan set ini. Kena edit dulu atas sebab menjaga nama baik produk lain. 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee khusus utk rambut. 
Facebook page: MiszHairStudio(Salun Rambut Muslimah)
Shaklee ID: 1073212
SMS/ Whatsapp: 018 6680844

Monday, 18 November 2013

JOM BUAT HAIR TREATMENT BEB...

Musim cuti sekolah dah tiba.... yeye! Musim2 ni = musim org berkawin, musim anak berkhatan, musim bertunang, musim ber'akikah, musim ber'vacation, musim anak2 ber'kutu...hehehe 

Musim ber'salon termasuk ker tidak ha? hmmm kalau termasuk dlm diary & budget bulan cuti sekolah ni...jemput2 singgah salun Misz yer uols... PROMOSI RAWATAN KULIT KEPALA & RAMBUT sedang berjalan...


Uols boleh pilih nak buat treatment ni together2 dgn BFF uols OR sign up utk dua sesi rawatan dengan harga promosi RM150 sahaja.. Memang jimat sebab ini rawatan 2 in 1 (Scalp + Hair) pada harga RM75 satu sesi dear... Apa tunggu lagi, book ur appointment now!!

Bibir pun nak spa jugak...

Salam....
Kali ini nak sharing sikit tentang spa bibir... Siapa yg bibir selalu kering, hitam2 sbb terlalu byk guna lipstik berplumbum, ha...ini mungkin dpat membantu anda yer..




MARYKAY SATIN LIP SET (Lip Mask & Lip Balm). Produk ni special sebab ada Lip Mask atau masker bibir, ia boleh digunakan seminggu sekali untuk mengatasi masalah bibir kering, merekah,kusam, kasar dan lebam. Tapi kalau pucat atau birat disebabkan kurang darah ker, keturunan ker, penyakit dalaman yg lain ker... haha... sila amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat serta ambillah supplement tambahan.

Cara pemakaian :

1. Rasa bibir anda dgn lidah dahulu... (kasarkan?..)-BEFORE
2. Sapu sedikit masker di atas bibir, biarkannya kering selama 2 minit
3. Gosokkan masker tadi dgn kapas/tuala lembap secara membulat sampai hilang kulit kering jika ada.
4. Bersihkan bibir anda dengan air dan keringkan.
5. Rasa bibir anda dgn lidah sekali lagi... (licinkan?..)-AFTER

Hasilnya bibir anda akan menjadi kemerahan dan nampak lebih tegang serta lembut dan halus. Sapukan Lip Balm untuk mendapatkan bibir yang lebih lembut dan sihat. Senangkan, tak sampai 5 minit untuk mendapatkan rawatan bibir yang cepat. Tak percaya...kena cuba dulu baru tahu. Follow contoh macam gambar kat  bawah ni... 



MANFAAT & KEISTIMEWAAN
 Lip Mask mengelupas dengan lembut dan berkesan
 Lip Balm melembapkan bibir sekurang-kurangnya 6 jam

Berkenan dengan produk ni? Roger2 Misz yer....Online pun boleh uols!


MARYKAY SATIN LIP SET
(1 Lip Mask & 1 Lip Balm)
RM80

Boleh beli berasingan 
Lip Mask RM45 & Lip Balm RM35





 

Wednesday, 23 October 2013

PROMOSI BOTANICAL EFFECT SKIN CARE

Masih tercari-cari set yg sesuai untuk wajah anda? 
Apa kata anda cuba set Botanical Effect dari Mary Kay... Sekarang tengah promosi tau...  http://www.marykay.com.my/botanical_effects_skin_care.aspx 


Beli Set Lengkap RM296 dapat FREE Mini Fragrance - Satin Hands Set 

Yang dekat area Bangi boleh datang terus ke salun utk try produk. 
Yang jauh2 tu boleh contact kalau nak try sample...  
Order online pun boleh...Penghantaran PERCUMA utk order yg diterima sebelum 1 November 2013! Selagi stok masih ada...huhuhu

CONTACT : MISZ 018-6680844

Tuesday, 1 October 2013

BEAUTY WORKSHOP

Berita baik untuk anda yg baru2 nak belajar make up...
Kami akan mengadakan Beauty Workshop: Starts from Basic...

Tarikh: 5 Oktober 2013
Masa: 12.00 tgh - 2.00 ptg
Tempat: MISZ HAIR STUDIO, Teras Jernang, Bangi
Bayaran: PERCUMA


Aktiviti:
- Hand & Lips Spa
- Eye & Skin Care Session

- Make-Up Session
- MK World & MK Business Opportunity
- Ms Personality
Individual Consultation, etc

**Bawa 3orang rakan bersama anda layak mendapat 'Special Gift'

Hubungi / PM sy utk maklumat lanjut dan booking seat...

018-6680844 (Misz)
Thank! 

Tuesday, 16 July 2013

RAWATAN HERBA RESDUNG TANPA ASAP!!!

Siapa ada resdung, entry kali ni memang sesuai sgt utk dikongsikan.... 
Kalau nak tahu Misz pun ada resdung jugak :( hidung selalu tersumbat, berhingus tak pasal2, gatal2 mata sampai merah2, tekak pun sama jugak... kalau gonyoh hidung tu sampai nak tercabut... selagi tak dengar bunyi tulang hidung tu tak sah....


Bila cakap pasal rawatan resdung, mesti  kita terus terbayang ubat rokok resdung kan? Actually, Misz tak gemar sangat buat rawatan resdung berasap sbb mata memang x tahan pedih then leceh sikit sbb nak kena bantuan org lain.. susah nak buat sendirikan siap bakar berapi2 bagai hehehe... 

Pengasas produk, Pn Zarra dulu guna teknik asap

Alhamdulillah, atas perkongsian rakan seperjuangan, bertemulah Misz dgn produk ZARRA MULTI-HERBS & SINUS RELIEF. Tertarik dgn produk ni sbb TANPA ASAP & BERASASKAN HERBAGuna wap & spray resdung jer... herba tu pulak sesuai utk rendaman kaki membuang toksin, guna masa bertangas dlm pantang, rawatan herba utk masalah rambut gugur & kelemumur atau nak buat mandian stim pun boleh... kata MULTI-HERBS so pelbagai fungsi lah kan.... 

Sekarang menggunakan teknik stim sahaja, ringkas & mudah

Aik... Cik Jaafar pun sama ya, ada resdung jugak... hehehe

Sekarang mata dah kurang gatal2... walaupun Misz mengandung still boleh buat rawatan ni...kan senang bila guna produk herba yg tidak memudaratkan ibu dan bayi dlm kandungan... :) bila rasa gatal2 dtg kat muka tu, Misz spray ajer dgn Spray Resdung tu.. masuk mata tak pedih pun, ada kandungan kolegen sekali dlm spray ni tau! Boleh rasa kulit tegang lepas spray, fungsi lain spray ni utk kecutkan jerawat dan pudarkan jeragat...  


Steamer & produk herba resdung

HARGA:
Satu kotak RM49.90
Ada 7 sachet dlm satu kotak.
Spray Resdung Zarra MHSR

HARGA:
Sebotol RM 25.00 sahaja


Siapa nak try boleh dtg salun yer... sekarang ada promosi... rugi kalau tak cuba... 



Pada yg berminat utk mendapatkan produk dan mencuba sendiri di rumah pun boleh...LEBIH JIMAT dgn syarat mesti KONSISTEN utk dapatkan HASIL BERKESAN 



Caranya begini yer....

  1. Masukkan herba resdung dlm mangkuk dan tuang air panas mendidih ke dlm mangkuk tadi.
  2. Kacau hingga rata then ambil tuala tutup bahagian kepala.
  3. Sedut wap panas tadi dalam2 selama 24 minit (ikut prosedur mesin steamer lah kater kan....) tapi alang2 buat kat rumah sedut lama sikit pun tak aper....

Friday, 12 July 2013

PROMOSI HARGA SEPANJANG RAMADHAN & SYAWAL

Salam Ramadhan.....

Syukur pd yg Maha Kuasa, kita diizinkan bertemu lagi dgn Ramadhan Al-Mubarak.... 

Agak kelewatan meng'upload' promo ad raya kali ni... keadaan kesihatan yg agak membantutkan sedikit pergerakan menjelang countdown 'BERSALIN' hujung Ramadhan ni....

Kiranya pelanggan budiman semua sudah boleh merangka budget utk Syawal kelak, jangan berlebihan hingga membazir tp biarlah berhemah dan bijak berbelanja....


Tuesday, 28 May 2013

REBONDING SEMASA MENGANDUNG


Alhamdulillah, kandungan saya dah hampir masuk 8 bulan... sorry sgt to all my customers yg dtg salon tp tak sempat nak intertain atau sembang lama2... persekitaran salun agak kurang baik utk ibu yg mengandung seperti saya, huhuhu...

All mommies to be, byk sebenarnya artikel berkenaan tajuk ini tp tak terjangkau dek tangan kalau nak dihimpunkan... so post kali ni adalah salah satu artikel yg dipetik dari BabyCenter Malaysia dan diharap dpt membantu you all utk buat keputusan samada nak buat rebonding atau tidak? Baca tau...it's good for sharing... "i care about my baby, you and your baby too..."

salam ukhwah... & thanks for your support! mmmuah...

Adakah selamat mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut semasa hamil?

Mungkin. Kita tidak tahu samada bahan kimia yang digunakan untuk mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut benar-benar selamat diguna oleh ibu-ibu hamil. Ramai bakal ibu yang menunggu sehingga selepas trimester pertama sebelum melakukannya.

Pewarna rambut
Anda mungkin pernah mendengar bahawa sesetengah bahan kimia yang digunakan dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun, mulai awal 1980an, kebanyakan produk pewarna rambut tidak lagi menggunakan bahan kimia yang membahayakan ini, maka pewarna rambut pada hari ini dikatakan tidak lagi menyebabkan risiko kanser.

Namun kita tidak tahu mengenai penggunaan pewarna rambut semasa hamil. Satu kajian menyebut bahawa ia boleh menyebabkan bayi mendapat kanser neuroblastoma. Ini adalah sejenis kanser yang jarang berlaku. Ia berlaku pada kanak-kanak dengan menyerang sistem saraf dan tisu-tisu lain. Walau bagaimanapun, tiada kajian lain yang menyokong pendapat ini.

Ada kemungkinan bahawa sesetengah sebatian kimia dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kecacatan pada bayi semasa lahir. Walau bagaimanapun, anda perlu menggunakannya dalam dos yang sangat tinggi untuk melihat kesannya. Kuantiti yang dikira membahayakan adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah yang biasa anda gunakan untuk mewarna rambuat setiap bulan atau setiap dua bulan.

Oleh itu, mewarna rambut anda tiga atau empat kali semasa hamil mungkin tidak membahayakan. Tambahan pula, jika anda menggunakannya dengan betul, bahan kimia dalam pewarna ini tidak akan terserap dengan banyak ke dalam badan.

Jika anda mewarna rambuat anda sendiri, ikuti arahan yang diberi dengan berhati-hati dan biarkannya selama jangka masa paling minimum yang diperlukan. Gunakan sarung tangan dan buatlah dalam bilik yang mempunyai penguradaan yang baik untuk mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia dalam produk tersebut.

Mungkin lebih baik jika anda serlahkan sebahagian sahaja rambut (highlight), cat atau warnakan hujung rambut sahaja berbanding mewarnakan keseluruhan rambut. Bahan kimia dalam pewarna rambut diserap oleh badan melalui kulit kepala, bukannya melalui rambut. Oleh itu, dengan mewarnakan sebahagian sahaja rambut, risiko terdedah kepada bahan kimia adalah kurang.

Satu lagi alternatif yang baik ialah menggunakan pewarna yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Tetapi periksalah bungkusannya. Sesetengah pewarna berasaskan tumbuh-tumbuhan mempunyai sebatian kimia yang sama dalam pewarna buatan. Pewarna berasaskan tumbuh-tumbuhan yang diyakini selamat untuk anda gunakan ialah inai asli. Inai ialah pewarna separa kekal yang boleh didapati dalam kepekatan warna yang berlainan.

Mengeriting dan meluruskan rambut
Kita tidak banyak tahu tentang tahap keselamatan menggunakan bahan kimia untuk mengeriting atau meluruskan rambut anda semasa hamil. Satu kajian menunjukkan bahawa penggunaan produk pelurusan rambut tidak meningkatkan risiko kelahiran pramatang atau melahirkan bayi yang kecil. Tetapi kajian tersebut tidak pula menyebut tentang kecacatan bayi semasa lahir.

Ada kemungkinan hanya sejumlah kecil daripada produk tersebut yang diserap melalui kulit kepala. Jika anda bercadang untuk mengeriting atau meluruskan rambut semasa hamil, buatlah sekali sahaja untuk mengelakkan risiko.

Ketika hamil, penting bagi anda merasa gembira dengan penampilan diri, maka fikirlah samada mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut akan membuatkan anda gembira atau risau. Bacalah seksyen kecantikan untuk bakal-bakal ibu kami untuk mendapatkan cara-cara yang selamat menjaga kecantikan semasa hamil.

Disemak oleh Jennifer Hor, salah seorang penulis buku Asian Prenting Today. Beliau juga merupakan pendidik dalam bidang penjagaan pranatal dan Parent Craft yang khusus dalam isu-isu penyusuan badan dan penjagaan bayi.
http://www.babycenter.com.my/a1053565/adakah-selamat-mewarna-mengeriting-atau-meluruskan-rambut-semasa-hamil#ixzz2UcNjCVqe



Tuesday, 30 April 2013

REBONDING / RELAXING PROMOTION

Salam semua.....

Kali ini nak umumkan promo terbaru kami khas utk anda yg ada plan nak rambut baru.... jeng  jeng jeng!!!!


Kiranya ini adalah tambahan kepada PROMOSI NILAI RM98 yg kami upload dulu...



PAKEJ D
REBONDING/RELAXING + HAIR TREATMENT + CUT
harga bermula dari RM98 yer...

Apa yg menariknya...

Anda akan mendapat VOUCHER PERCUMA bernilai RM10 utk rawatan rambut seterusnya.... pls SHARE dgn kawan2 yg lain yer.... TQ



Wednesday, 17 April 2013

MAKEUP MAKEOVER CONTEST!



Siapa nak jadi model atau nak merasa diri di makeover secara PERCUMA, jom join contest ni... Contest ni bukan kami yang anjurkan tetapi MARY KAY MALAYSIA... Anda boleh book sesi makeover anda dengan kami di MISZ HAIR STUDIO

Syarat2 penyertaan memang mudah... tak perlu tinggi @ langsing... kami hanya perlukan wajah anda utk di makeover, gambar before n after pun kami boleh shot di salun sahaja.

Anda hanya perlu hadir dgn baju warna plain, tudung pun plain jugak (bg yg free hair tu, kalau nak set rambut utk fotoshot nanti barulah kami kenakan caj..) sbbnya kami nak highlight lebih pada perubahan wajah anda selepas dimakeup menggunakan produk kosmetik MARY KAY.. So, gambar anda hanya akan di snap dr paras kepala hingga bahu sahaja yer... 

Syarat2 lain anda kena lawati sendiri  https://www.makeovercontestmarykay.com dan hanya perlu isi entry form n slogan, ok... Gambar before n after anda akan di upload dlm website di atas utk di UNDI oleh public..

Apa tunggu lagi?  Kena bertindak cepat pd yg berminat sbb tarikh tutup 10 MEI 2013

Monday, 15 April 2013

PROMOSI HARGA ISTIMEWA - HANYA RM98 SAHAJA


BOLEH PILIH MANA-MANA PAKEJ, HARGA TETAP SAMA!
BOLEH KONGSI SERVIS PAKEJ DGN AHLI KELUARGA/SAUDARA ATAU RAKAN2

CONTOH SITUASI:

MISZ INGINKAN RAWATAN RAMBUT TETAPI TIDAK MAHU MEMOTONGNYA, JADI DIA MEMBAWA IBUNYA KE SALUN UTK MEMOTONG RAMBUT UTK PAKEJ A. HARGA MASIH SAMA - RM 98 SHJ!

MISZ DAN SUFIAH BERKONGSI HARGA PAKEJ C DI MANA MISZ MENDAPATKAN RAWATAN RAMBUT MANAKALA SUFIAH MENDAPATKAN RAWATAN FACIAL UTK PAKEJ C. HARGA MASIH SAMA - RM 98 SHJ!

EXTRA CAJ HANYA DIKENAKAN SEKIRANYA RAMBUT ANDA MELEBIHI PARAS "BRA LINE" ANDA (TERLALU PANJANG) ATAUPUN RAMBUT ANDA TERLALU TEBAL MELEBIHI AMOUNT HIGHLIGHT YG DISEDIAKAN...

KAMI BERI HARGA, ANDA SETUJU, BARU SERVIS DIJALANKAN
(TIADA CAJ TERSEMBUNYI!)





Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Salam semua.... dah tengok video promo lipstik terbaru ni kan?... Memang best sangat lipstik ni tau! Nak tahu sebab apa Misz suka? ...