Tuesday, 24 July 2012

PROMO RAYA : NORMAL FACIAL RM45 FREE EYE TREATMENT

Salam Semua, Alhamdulillah nak masuk empat hari kita berpuasa.... Cuaca kat luar pun kejap panas kejap hujan.. Dugaan... Kalau ada yg rasa nak relax n release tention tu apa kata singgah lah ke salun kami untuk rawatan wajah.. apa yang specialnyer ialah..... JENG JENG JENG....

1.LOKASI


Inilah bilik facial kami.... boleh memuat 3 customer sekali gus...kalau datang buat facial grouping mesti best tau...


2.PRODUK

Kami di MISZ HAIR STUDIO menggunakan produk MARY KAY siri BOTANICAL EFFECTS SKIN CARE yg khusus bergantung pada jenis kulit anda untuk servis NORMAL FACIAL. Bermula dengan Pencuci Muka 3-dalam-1, Penghidrat, Penyegar, Masker dan akhir sekali sapuan TimeWise Luminous-Wear @ Matte-Wear Liquid Foundation iaitu formula penentangan usia yang menjadikan kulit segera nampak lebih tegang, muda dan sihat. Info lanjut untuk produk MARY KAY boleh lawati website rasmi di www.marykay.com.my

3.PRICE

NORMAL FACIAL HANYA RM45 sahaja!!!!
PRODUK BERKUALITI HARGA BERPATUTAN

 
4.PROMOSI

Sehingga 31 Ogos 2012, sekiranya anda menempah sesi NORMAL FACIAL kami ini anda akan mendapat sesi RAWATAN MATA + BIO-GOLD COLLAGEN EYE MASK SECARA PERCUMA!!!!!!!!!

FREE
EYE TREATMENT +
BIO-GOLD COLLAGEN EYE MASK


Selepas buat rawatan facial ni..Insyaallah hilanglah nyut nyut kepala anda tu di bulan posa ni yer....
Mesti buat appoinment dulu tau!!!! Jumpa nanti..... :)

Monday, 23 July 2012

WAKTU OPERASI SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum  wbt....

Kami ingin memaklumkan bahawa disepanjang bulan Ramadhan ini, waktu operasi kami adalah seperti berikut:


WAKTU BEROPERASI:
10 PG - 6.30 PTG
SELEPAS WAKTU BERBUKA:
8 MLM - 10 MLM
(HANYA UTK TEMUJANJI SAHAJA)
TUTUP:
SETIAP KHAMIS



Friday, 20 July 2012

KAMI CUTI AWAL RAMADHAN (Sabtu, 21 Julai 2012)

Marhaban Ya Ramadhan, Salam Semua....

Salun kami akan bercuti pada hari esok Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H sempena menyambut kehadiran bulan yg mulia ini...Kami akan beroperasi seperti biasa pada hari berikutnya...

Selamat Berpuasa dan terima kasih.

Wednesday, 18 July 2012

RAYA PROMO : WASH & TREATMENT RM58++ FREE PROTEIN HAIR MASK

Salam semua....


Ok, utk promo raya yg pertama ni MISZ nak bg huraian sikit yer sbb ada ramai yg call tanyer kan... so MISZ akan bagi tahu step by step..... huhuhu :)


STEP 1 :  CUCI RAMBUT

STEP 2 : TREATMENT MASK DISAPU PADA SELURUH RAMBUT

STEP 3 : KEMUDIAN RAMBUT ANDA AKAN DISTIMKAN 

STEP 4 : SETELAH DIBILAS BERSIH, KITA AKAN SEMBURKAN TONIC RAMBUT PADA KULIT KEPALA ANDA DAN RAMBUT DIKERINGKAN

 STEP 5 : AKHIR SEKALI, RAMBUT ANDA AKAN DISAPU SERUM @ SEMBURAN PERAPI TANPA BILAS (LEAVE-IN CONDITIONER) 

EH! MACAM KENAL JER DIA NI KAN??? MMMMM... 
Opsss sebelum terlupa, anda juga akan membawa pulang......

PROTEIN HAIR MASK (STRAWBERRY) 300ml
PERCUMA





















Saturday, 7 July 2012

PROMOSI NAK RAYA (8 JULAI - 31 OGOS 2012)

Assalamualaikum wbt.... Kepada semua pelanggan2 dan bakal2 pelanggan, ehm ehm.... ini adalah promotion sempena menyambut syawal nanti.... so sila buat budget anda dengan baik yer!

Ini kira promosi yg UTAMA lah...huhuhu, banyak lagi promosi lain akan di upload soon.... so paa siapa yg nak berREBONDING @ berDIGITAL PERM raya nanti cepat2 lah buat appointment....



Tuesday, 3 July 2012

SALUN TUTUP HARI NI...


Salam semua, salun tutup hari ini kerana kerja2 mengecat lantai salun sedang dijalankan. Kami tutup seperti biasa pada setiap Khamis dan akan beroperasi semula Jumaat ini 6 Julai 2012.

Jangan lupa baca Yaasin 3x sempena Nisfu Sya'ban, semoga segala amalan baik dan kebajikan kita diterima  Allah, segala dosa diampunkan.... Amin....

Tuesday, 19 June 2012

YANG DITUNGGU DAH TIBA....

Assalamualaikum wbt...

Lama tak update blog... byk aktiviti dan peristiwa yg berlaku sepanjang bulan April & Mei yg tak sempat lagi di upload. Mohon maaf dari pihak kami yer....

Kali ni nak cakap tentang kelas make up & penjagaan wajah sbb ramai yg asyik tanyer bila bila bila????



Ok, kelas ni utk org yg Zero Knowledge @ yg baru berjinak2 dgn dunia kecantikan... Dlm kelas ini anda akan diajar mengenali jenis kulit muka dan cara penggunaan produk yg sesuai & betul. Lepas tu baru anda akan diajar menatarias wajah anda yg telah dibersihkan tadi...amboi... cara pembelajaran teori dan praktikal, anda tengok dan buat, kalau musykil bertanyer ok?

Kelas kali ini special sikit sbb anda akan melihat sendiri demo teknik melentikkan bulu mata.... ha gitu? Siapa yang dah buat EYE LASHES PERMING lepas ni tak payah nak guna klip bulu mata lagi sbb bulu mata tu nampak natural lentik tau! Tempat terhad so kalau minat daftar cepat....

Wednesday, 25 April 2012

ALAMAK! ADA KUTU LAH PULAK....

Assalamualaikum wbt

Entry kali ini nak cerita sikit tentang kutu. Kalau musim cuti sekolah yg paling seronok bila anak cucu berkumpul balik kampung, makan sama2 tido sama2 berKUTU pun sama2... Memang susah nak hapuskan kutu pd rambut budak2 ni, jalan paling mudah KITA POTONG je rambut anak2 kan?....  Misz suka bila musim naik sekolah ramai org dtg salun potong rambut tapi yang peningnya ada jugak yg dtg dari GENG KUTU...


Alhamdulillah Misz dah jumpa penawarnya.... Ini kes masa anak Misz kena kutu umur 1 tahun lebih. Manalah ada ubat kutu utk budak bwh 2 thn, finally terjumpa syampu herba kutu utk kanak2. Bukan utk kanak2 jer, dewasa pun boleh guna. Takder bau ubat kutu langsung (bau fresh lemon)... Tak kenal tak cintakan, dah guna syampu ni bukan anak jer yg suka pakai, mak abahnyer pun pakai jugaklah nak elak pembiakan kutu pd satu family pulak...lepas cuci, sikat rambut dgn sikat metal khas yg disediakan sekali dlm kotak syampu... berkat kesungguhan dan kesabaran, MISI PENGHAPUSAN akhirnya berjaya! hehehe


Syampu kutu ni memang bagus kerana ianya TIDAK mengandungi racun kimia, malation dan piretroid yg boleh menyebabkab terencat akal, kanser, sistem ketahanan imun, masalah hormon, pembiakan dan gangguan sifat-sifat genetik. Pendedahan kepada malation boleh menyebabkan sakit kepada, rasa mual, gangguan penglihatan, perubahan perangai, masalah pembelajaran dan masalah kulit.

100% efektif menghapus kutu2 dan telur kutu pada penggunaan kali pertama.d

Harga Syampu :
Delice Hair Wash (RM20.00 sebotol) - boleh dapatkannya di MISZ HAIR STUDIO :)

Kandungan Delice Hair Wash :
Stemona Extract mengawal pembiakan kutu serta menghalang telur kutu daripada menetas.
Minyak Limau membantu melembapkan kulit kepala sehingga ke hujung rambut.

Cara guna:
1. Guna macam syampu rambut yg biasa dan urut perlahan selama 5-10 minit sehingga ia meresap ke dalam rambut. Kemudian bilas dengan air.
2. Guna sikat kutu utk membuang kutu mati dan sisa telur kutu yg tertinggal.
3. Gunakan 3-5 kali seminggu utk keputusan yg terbaik.






Saturday, 21 April 2012

PROMOSI HAIR TREATMENT



Rambut anda rosak, kering atau kusam? 

Atasinya dengan Rawatan Kolegen untuk rambut yang terbaru. 

Selain melembap, ia juga melindungi rambut dan kulit kepala dengan khasiat semulajadi sumber vegetatif ekstrak kolagen yg dipertingkatkan dengan komponen organik. Kolagen boleh membantu rambut anda mendapatkan semula kekuatan dan kesihatan dengan sifat-sifat anti-radang, anti-bakteria dan anti-stress serta menghalang rambut daripada kekeringan dengan memberikan kelembapan berterusan. Rawatan ini juga menggalakkan penyembuhan rambut rosak disamping menstabilkan tahap PH rambut selepas menjalani proses kimia (rebonding/color/perm) untuk mengelakkan pecahnya rambut. Rambut anda akan terasa lembut, sihat dan bersinar.

Sign up PAKEJ RAWATAN KOLEGEN (3 sesi hanya RM195 sahaja) hari ini, anda akan menikmati PERCUMA Produk Rambut, Facial dan Voucher yg kesemuanya bernilai RM175!!!! 

Tawaran berakhir hingga 31 Mei 2012. 


Monday, 16 April 2012

ATTENTION!!!

Salam semua, ini ada maklumat penting yg ingin disampaikan HandPhone kami yg bernombor 018-6680844 telah hilang semasa mengendalikan majlis perkahwinan di Muar,Johor. 


Oleh itu, sila hubungi kami melalui nombor Direct Line 03-89121081. Harap maklum... 


Saturday, 7 April 2012

KARNIVAL RAJA SEHARI - METRO POINT KAJANG

Salam Semua, jom ramai-ramai pakat pergi Karnival Raja Sehari ni. Kami ada buka booth kat sana & pada customer or bakal2 pengantin yg sign up pakej rawatan wajah atau rawatan rambut akan dapat FREE GIFT + CASH VOUCHER dan layak utk memenangi CABUTAN BERTUAH iaitu hadiah penajaan sepasang BAJU PENGANTIN BARU bernilai RM2500.



Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Salam semua.... dah tengok video promo lipstik terbaru ni kan?... Memang best sangat lipstik ni tau! Nak tahu sebab apa Misz suka? ...